YAYASAN ASSEGAFF
Yayasan Assegaff adalah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bertujuan memberikan bantuan bagi golongan yang memerlukan. Organisasi ini juga menyediakan bantuan kewangan kepada pelajar yang belajar di luar negara. Selain itu, Yayasan Assegaff turut mengendalikan dan membantu syarikat lain yang ingin menyalurkan bantuan kewangan kepada badan-badan amal.
- Menjaga, mentadbir, mengurus dan menyalurkan sumber kewangan kepada pelajar Malaysia di Mesir dan Indonesia secara telus dan holistik.
- Menyediakan medium yang cekap dan efektif kepada pelajar Malaysia di Mesir dan Indonesia bagi mendapatkan bantuan kewangan.
- Memberi bantuan kewangan pelajaran kepada pelajar Malaysia di Mesir dan Indonesia yang berkelayakan agar mereka dapat meneruskan pengajian dengan sempurna.
- Menyalurkan bantuan kewangan sara hidup kepada pelajar Malaysia di Mesir dan Indonesia yang layak bagi mengurangkan beban perbelanjaan bulanan mereka.
- Mengadakan pelbagai aktiviti yang bermanfaat bagi meningkatkan tahap motivasi, keyakinan dan kepercayaan dalam diri yang tinggi di kalangan pelajar terutama pelajar Malaysia yang telah mendapat tawaran melanjutkan pengajian ke institut pengajian tinggi di Mesir.
- Menghulurkan bantuan kewangan kepada masyarakat tempatan di Malaysia yang memerlukan supaya dapat menjalani kehidupan harian dengan normal.
- Mewujudkan skim latihan yang relavan bagi membantu masyarakat yang kurang berkemampuan untuk menjana sendiri pendapatan dan ekonomi keluarga mereka bagi memupuk sikap berdirkari dan daya usaha yang tinggi.
Menjadi sebuah organisasi cemerlang dalam menyediakan peluang membangun modal insan berkualiti.
Menyediakan penajaan, bantuan dan kemudahan pembelajaran berkualiti bagi memenuhi agenda pendidikan negara.