Hulurkan tangan ringan beban
Donate nowAssalamualaikum
Dengan rendah diri, kami dari ABIM Mesir dengan kerjasama Yayasan Assegaff sedang melaksanakan kutipan dana/sumbangan untuk membantu menampung yuran pengajian Saudari Nurasilah binti Ahmad Fuad.
Beliau merupakan pelajar tahun 6 (akhir) di Universiti Al-Azhar dalam bidang perubatan.
Maklumat Peribadi :
NAMA : NURASILAH BINTI AHMAD FUAD
UMUR : 24 TAHUN
PENGAJIAN : PERUBATAN, TAHUN 6 (AKHIR)
UNIVERSITI : AL-AZHAR, KAHERAH
YURANG PENGAJIAN : 8000 USD (SETAHUN)
Sehubung dengan itu, saudari Nurasilah kini tidak mampu untuk melunaskan yuran pengajian beliau yang menyebabkan beliau tidak dibenarkan menduduki peperiksaan untuk semester akhir. Rugilah sekiranya beliau tidak dapat menduduki peperiksaan hanya disebabkan keterlewatan beliau dalam melunaskan yuran.
Untuk pengetahun, beliau merupakan seorang pelajar yang sangat komited di dalam kelas, aktif dalam membantu urusan akademik di kuliah & merupakan sumber rujukan sahaba-sahabat dari aspek akademik dan bukan akademik.
Justeru, sumbangan ikhlas daripada tuan/puan sangat diperlukan sebagai harapan dan motivasi untuk beliau supaya dapat meneruskan pengajian dan menamatkan pengajian tepat pada waktunya.
Untuk sumbangan boleh disalurkan ke akaun :
YAYASAN ASSEGGAF
5645 4815 2039
MAYBANK
Rujukan bank in : Asilah Fuad
Setiap sumbangan boleh direkodkan bagi memudahkan rekod pembayaran. Mudah-mudahan usaha dan keprihatinan tuan/puan dapat meringankan beban saudari Nurasilah.
InshaaAllah
Segala maklumat lanjut untuk sumbangan dan maklumat berkaitan Saudari Nurasilah binti Ahmad Fuad boleh hubungi menerusi nombor berikut :
☎ Dhiyauddin: (+60) 18 955 4587 (Whatsapp/call)
☎Naufal: (+20) 114 326 2336 (Whatsapp)
Terima Kasih