Hulurkan tangan ringan beban
Donate nowBANTUAN PENDIDIKAN BAGI DUA ORANG PELAJAR AMAT DIPERLUKAN
Syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnianya, dua orang pelajar lepasan STAM telahpun berjaya dipilih untuk menyambung pengajian mereka ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universitas Islam Negeri Sultan Syarif Kasim (UIN SUSKA), Riau Indonesia. Insya’Allah pada bulan hadapan (Ogos) ini, mereka akan berangkat ke Indonesia bagi kemasukan Sesi September 2018/2019 dan memulakan pengajian tahun pertama mereka di universiti tersebut.
Berikut adalah detail dua orang pelajar :-
Pelajar (1)
Nama: Asiah Aqilah Binti Abdul Ghani
Universiti: Universitas Islam Negeri Sultan Syarif Kasim (UIN SUSKA), Riau Indonesia
Bidang : Ijazah Sarjana Muda Perbandingan Mazhab dan Hukum
Semester: 1
Pelajar (2)
Nama: Ibtihaj Binti Fai’z
Universiti: Universitas Islam Negeri Sultan Syarif Kasim (UIN SUSKA), Riau Indonesia
Bidang: Ijazah Sarjana Muda Ilmu Al- Quran Tafsir
Semester: 1
Kedua-dua pelajar ini mempunyai semangat dan cita-cita yang tinggi untuk mencapai impian yang mereka inginkan untuk membantu mengubah nasib keluarga, diri dan masyarakat luar. Sumbangan sebanyak RM6000 diperlukan bagi membantu membiayai kos yuran pengajian pelajar dan sedikit sebanyak dapat membantu kos sara hidup mereka sepanjang tempoh pengajian. Oleh yang demikian, sumbangan iklas dari semua pihak amat diperlukan dan sangatlah kami hargai. Semoga dengan sumbangan yang diberikan dapat meringankan beban kedua ibu bapa pelajar serta memberikan motivasi kepada pelajar untuk terus berusaha dalam mencapai tujuan asal mereka.
Sumbangan ikhlas anda boleh salurkan melalui :-
AKAUN CIMB BANK YAYASAN ASSEGAFF
No. Akaun : 8600087342
Nama : Yayasan Assegaff
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:-
No. Telefon :
03-92851322 (Pejabat Yayasan Assegaff)
013-2090322 (Tuan Syed Fuad)
018-9824322 (Khidmat Pelanggan)
Tarikh iklan permohonan ini dikeluarkan : 27/7/2018.
Layari laman rasmi Yayasan Assegaff: https://yayasanassegaff.com/
Mohon ‘Share’ post ini supaya capaiannya lebih luas dan dapat kita membantu dua pelajar ini.
“Memberi itu lebih baik dari yang menerima”